aku selalu ingin sahabatku itu tahu
yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku
tidak lain adalah kerana Allah..
aku ingin sahabatku itu selalu mengerti
yang aku ingin doa darinya
agar tetap kakiku di jalan ini
aku ingin sahabatku selalu faham
aku punya banyak kelemahan yang terkadang mungkin melukai dan membuatkan dia tidak senang denganku..
jadi wahai sahabat yang dirimuu sentiasa di hati
ampuni tiap khilafku
mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu
tapi aku sentiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi
dalam payah dan senangmu
kerana persahabatan kita tertaut demi cinyaNYA