Kami bukan orang politik, kami bukan orang bisnes, kami bukan golongan koporat dan kami juga bukanlah orang genius tetapi kami adalah jururawat. Kami merawat dan menjaga kesihatan klien kami tanpa mengira bangsa, warna kulit, darjat atau agamanya. Bagi kami, pesakit itu adalah tanggungjawab kami. Mereka adalah seseorang yang perlu dirawat. Kasih sayang yang ibu bapa kami ajar dan tanamkan dalam jiwa kami, kami gunakan sebagai titian kami menuju kea rah jururawat yang proaktif terhadap masyarakat. Namun begitu, sesetengah pihak mencela memaki kami hanya sesetengah dari kami kadangkala lebih luar biasa perlakuannya. Subhanallah. Kami telah dididik sejak awal untuk menghormati hak pesakit. Dek kerana beberapa pihak yang melakukan ini, kami yang tak bersalah turut tercela sama. Namun, kami tidak pernah patah semangat kerana itu kerja kami, kerja sejak azali yang telah Tuhan kurniakan buat kami. Itu rezeki dan mata pencarian kami. Syafaat paling besar yang Tuhan berikan kepada kami untuk kami pegang supaya menjadi hambaNya yang berguna kepada hambaNya yang lain. Kami berjaga di malam hari hanya semata mata untuk memelihara kesihatan dan demi kepentingan masyarakat, kami cuci kotoran di badan mereka hanya kerana kami prihatin supaya tiada sebarang cela, kami rela menukar barringan mereka untuk mengelakkan berlaku sebarang perkara tidak diingini setiap 2jam sedangkan lebih banyak kerja yang kami harus lakukan, kami mendengar segala luahan hati pesakit agar mereka tidak bimbang, kami memberi pendidikan kepada mereka agar mereka tahu serba sedikit, tak jemu kami membantu mereka melakukan aktiviti harian, mereka yang tidak berdaya kami suap, rela kami membeli makanan buat mereka yang tiada punya anak, kami uruskan jenazah ibu bapa yang anaknya tidak rela membantu,kami beri ubatan untuk keperluan mereka agar Malaysia tak mencapai peratus yang tinggi dalam kemerosotan dari aspek kesihatan,kami yang tidak biasa melihat dengan luka, nanah dan fracture yang begitu teruk telah menjadi biasa buat kami kerana kami tahu kerja kami kerja mulia, kami berlari ketika mereka menjerit bimbang akan kesakitan yang dialami walau ia Cumalah perkara yang kecil tapi tidak pernah menganggap sebarang perkara yang berlaku ke atas pesakit kami adalah remeh,kami memberi bantuan walaupun kadangkala kami berisiko untuk mendapat penyakit yang tidak diingini, kami melayan semua pesakit tidak kira HIV,TB mahupun penyakit biasa dengan sama layanannya malah kami tidak pernah membedakan mereka, kami bekerja walaupun ketika perayaan, kami redha mendengar segala cela dari orang atasan hanya kerana kami khilaf dalam melakukan kerja kerana kami pasrah setelah yang terbaik telah diberikan. Walaupun ianya Nampak seperti sekecil zarah, tidak pernah kami minta sebarang pembalasan. Bagi kami, keutamaan kami hanyalah pesakit dan mutu kerja kami. Untuk menjadi seorang jururawat yang sempurna bukanlah mudah. Kami bukan guru yang mendidik remaja mahupun sekolah rendah, kami perlu berkomunikasi dengan pelbagai umur. Dari yang tapak kakinya hanya sebesar dua jari sehinggalah mereka yang sebaya dengan atuk dan nenek kami sendiri. Kami bukanlah jurutera yang hanya mengendalikan mesin semata mata. Kami mengendalikan mesin yang berkaitan dengan nyawa manusia. Kami bukan orang bisnes yang memikirkan soal jatuh saham semata mata, namun kami memikirkan nyawa seorang manusia. Masyarakat, pandanglah kami dari aspek apa yang kami kerjakan bukan dari luaran ketika letih kami. Wahai teman seperjuangan, biar mereka biacara kerana tiada manusia yang sempurna. Apa yang kita kerjakan ini lebih penting jika dibandingkan dengan apa yang mereka bercakap. Yang peribadi itu usah kita fikirkan kerana tanggungjawab kita lebih besar terhdapat orang ramai. Wahai Jururawat, sungguh mulia dirimu.
Khas buat kawan kawan ain nisa,mak, kasya, arfah, kak azie, zifa,farah, hanim, cikmai, mira,shiha,zila,noor, kak mel,shima,azma,nia, hani,ziema,diela,fiqa,alya,lyaa, eda, kak yana, aunty,faza,lina,fiza, nad,sue, zue,qila,zafi,miza,zierah,husna, kak miza, elly,nao,shida,wanie, wahida,huda,emah,wawa,aina,yam,kak mar,nor,shafur,ainin,yaso,sky,kak