saya siti zakirah binti mohamad fauzan dan saya jururawat pelatih :)

Tuesday

usrah. ehem

assalamualaikummmm....

masya Allah , lama gila tak menaip kat sini. lama gila tak buka blog ni. tah apa jadi aku tak tau. sampaikan ada satu masa aku lupa aku ada belog. HAHAHA. sampai ada member tanya hang dah tak guna ka blog hang? ini bukan sekadar berhabuk bersawang, aku rasa lalang pun dah naik. hehehe. memandangkan aku dah tak guna lagi internet di kolej, so aku terhad untuk online di rumah sahaja. kalau  dekat kolej pun aku online guna phone. so, memang mustahil lah aku nak menaip blog guna phone. itu bukan kerajinan gua menaip dengan jari gua yang mega besar ini.

dah lama sebenarnya nak start menaip, tapi takda idea. bila rasa nak buka tiba tiba dalam hati cakap 'arghh takda idea pula' ahaks. so, tak jadi la nak menaip.

okaylah, secara ringkasnya aku sekarang dah semester 4 dalam bidang diploma kejururawatan. and im still with naim. alhamdulillah. hehe perlu ka. and aku semakin tak sabarrrr nak habis study, ada duit sendiri, nak beli semua aku nak. duniaa duniaaa. and guess what, aku skang sangatlah obses untuk melancong. DUA tempat paling aku nak adalah, mekah and korea. kahkahkah, sila kutuk wahai anti kpop. ya, aku dah addicted tahap nakula sadewa dengan korean. like SERIOUSLY!

okay la, okay la lagi. ahaks. pasal korea pasal mekah nanti kite cite kemudien ekkkk. nak cakap pasal KAHWIN MUDA.. wah topik hangat. anak anak muda plus pompuan suke benor dengan topik ni. tanpa ragu put up your hand awak nak kwen tak skang??? ofkos nak. gila taknak. tapi cuba pikir, kalau pandang mereka yang bertudung labuh, berlebai, bersongkok MEMANG SWEET SANGAT lah kan kalau kawen muda muda ni. otak panas baran pun takda. nak dengki mendengki pun takda. senang cerita, memang toleransi harmoni ja dalam rumahtangga mereka. bagaimana pula dengan kita kita yang masih kurang mampu mengawal emosi? suami yang masih di alam fana remaja walaupun umur mencecah 20an? kita yang masih terkotak katik belajar apa itu hormati suami? yang masih bertatih belajar menjalankan tanggungjawab suami atau isteri??


ini dari sudut pandangan aku. aku tak kata ianya salah. tapi ada banyak perihal yang kita perlu pertimbangkan. kahwin itu bukanlah sesuatu yang mudah yang bukanlah sesuatu yang salah. sedangkan mendirikan masjid itu adalah satu perkara yang sangat baik dan jalan yang paling bijak. tapi ingat, dirikan masjid biarlah kekal. kalau setakat mahu merasa kemanisan perkahwinan di  awal awal, tak guna berkahwin kerana anta semua tahu penceraian adalah perkara halal yang dimurkai Allah. sebolehnya, biarlah kedua pasangan cukup ilmu terlebih dahulu. kalau tak banyak, sikit pun tak apa. sekurangnya, kita membantu mereka untuk kekal. yang kedua, perihal kewangan. memang, kahwin itu rezeki. tapi kita terima dia jadi pasangan, apa salahnya kalau kita jaga dia sebaik ibubapanya. tanpa ada kurang dan cacat cela. 

maaf kerana terlalu ustazah malam ini. aku sememangnya menyokong 100% soal perkahwinan waktu  muda. (kecuali yang terpaksa berkahwin atas sebab tertentu, itu diluar topik) dengan kahwin, maksiat dapat dicegah dan masjid dapat dibina. tapi bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. jangan jadikan isteri itu bahan boneka anda, dan jadikan suami itu untuk dipijak pijak maruahnya. hidup berpasangan harus ada toleransinya, hormatinya dan kebahagiaanya. in shaa Allah. semoga kita semua istiqamah dalam akhlak.

assalamualaikummm...